Mimpi Marhaen
Lelaki marhaen
ku temui dia di celah-celah riuh kota
dengan payah kaki melangkah
melepasi deret kedai-kedai mewah
di tangannya secebis roti sisa siapa
yang dijumpai barangkali
dari timbunan sarap lorong
atau hadiah dari lebihan
jualan pasar borong.
Malam ini entah di mana
dia mahu bermimpi
entah di sini entah di mana-mana
bermimpi jadi seorang YB
yang mengisi perut sendiri dengan penat rakyat
atau bermimpi jadi seorang kerani
di sebuah kelab judi
buat menyara anak isteri
atau bermimpi jadi seorang kuli
di sebuah syarikat konglomerat
yang dibuang pergi yang di bunuh mati.
Sementara aku di sini, berdiri sekadar memerhati
lelaki marhaen itu mengheret dukanya
mencari-cari tempat untuk bermimpi
malam ini.
Kuala Lumpur, SEPT 1998
ku temui dia di celah-celah riuh kota
dengan payah kaki melangkah
melepasi deret kedai-kedai mewah
di tangannya secebis roti sisa siapa
yang dijumpai barangkali
dari timbunan sarap lorong
atau hadiah dari lebihan
jualan pasar borong.
Malam ini entah di mana
dia mahu bermimpi
entah di sini entah di mana-mana
bermimpi jadi seorang YB
yang mengisi perut sendiri dengan penat rakyat
atau bermimpi jadi seorang kerani
di sebuah kelab judi
buat menyara anak isteri
atau bermimpi jadi seorang kuli
di sebuah syarikat konglomerat
yang dibuang pergi yang di bunuh mati.
Sementara aku di sini, berdiri sekadar memerhati
lelaki marhaen itu mengheret dukanya
mencari-cari tempat untuk bermimpi
malam ini.
Kuala Lumpur, SEPT 1998
Ulasan
Catat Ulasan