RAUNG YANG TERKURUNG
Ku lepaskan bicaraku ke selatmu ku selam hatiku ke dasarmu ku dakap rinduku ke batu-batu ku hampar harapku ke pantaimu ku tabur mahuku ke langitmu ku biar aku menjadi kamu Selat Melaka. Kerana waktu puncak lalulintassesak pasarayaberasak burung-burung gagak peniaga-peniaga ttttamakkkk hutang-piutang bertunggak jiranjiran bergasakkasagreb warga-warga berlagak si kaya mendongak si miskin mencongak adalah lumpur-lumpur kelabu yang memaliti putih bajuku kerana aku adalah raung yang terkurung dalam mimpi ngeri penghuni hutan batu. rejal said, TELUK KEMANG, N.S. SEPT 2003