Apa Yang Kamu Rasa ?
Pada saat kamu menyakiti hati ku, dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan,aku hanya berdiam diri kerana ku rasa berdiam diri pada saat ini lebih baik lantaran menyaksikan kamu menggila membakar melempar mencalar maruah ku...Bukan kah kita serumpun dari leluhur yang sama.Kamu Melayu; begitu juga aku. Kamu Islam sama dengan ku.Bezanya kamu di sana dan aku di sini..Mengapa mesti kamu nyalakan api benci dan kamu bongkar pusara dendam yang terpendam kian lama. Aku tidak tahu pasti, apa lagi mahu mu, pada saat kau malukan aku dengan kata nista dan perilaku durja.Lantas memaksa aku tunduk mengikut telunjuk memohon kemaafan kepada kesalahan yang tidak pernah aku lakukan.Apa niatmu pabila sering kali menguji kesabaran dan sifat toleranku? Kita Punya Kitab Yang Sama. Lupakah kamu siapa aku dan kamu ? Hanya kerana kamu bangsa Indonesia dan aku bangsa Malaysia ? Jika kerna itu kamu memandang aku dengan mata kebencian,jika kerna itu kamu mendengar aku den...