Keranda Bernombor Sepuluh
Darah tumpah memercik membasah ke kaki kaki yang berdiri di atas mata pedang kulit mereka pasti terluka dek tajamnya mata pura pura hingga membungkam kata kata Sang Pertapa yang memegang kayu sihir menggila dengan serapah Sang Hanuman Aduhai penjarah bangsa keranda bernombor sepuluh yang kau usung tidak mampu kau ampu kerana beratnya dosa-dosa di dalam yang terpasung sejak sekian lama mari putuskan satu persatu dengan pedang keberanian kita pancung rasa selesa dengan nama kebenaran atas nama kewarasan. Rejal Said 500km dari Dataran Merdeka