Novel
1
ZIARAH
“Abah, bangun,nak gi kubur…,” teriakan Sarah membangunkan aku dari tidur.Seketika, dia menghilang keluar dari kamar.Dan tanpa mengendahkan teriakan anakku sebentar tadi, ku sambung kembali tidur ku…
Hari ini Ahad,18 Jun 2017,cuti umum bagi kakitangan kerajaan seperti aku.Apa lagi yang akan ku lakukan selain dari tidur selepas subuh.Inilah hari untukku bermalas-malas setelah seminggu bekerja.
“Abang,wei tido pulok, sakni royak nok gi pagi,kaghey dey panah …”isteri ku pula muncul sambil tangannya mencapai sehelai baju.Barangkali untuk Hawa anak ku yang bongsu.Seketika dia hilang di sebalik dinding kamar menuju ke ruang tamu.
Dari jauh terdengar-dengar suaranya memanggil nama Hawa.
Hawa, anak bongsu ku yang periang dan manja. Kini dalam tahun empat Sekolah Kebangsaan Parit Empat. Menurut rakan ku, Cikgu Hasbul, yang juga guru subjek Sainsnya, Hawa murid yang baik, rajin dan bijak. Mudah faham apa yang diajar walau kadang-kadang dia tenggelam dalam dunianya; melukis…satu daripada kebolehan ku yang diwarisinya. Oleh kerana kerajinannya itu, dia telah dilantik sebagai ‘ketua darjah’ tanpa tauliah oleh kebanyakan guru yang mengajar di kelasnya.
“Abah! Mama dah ‘start’ keto doh nu..!” Kali ini Sarah, anak kedua ku pula tiba-tiba muncul di muka kamar.Berwajah mulus; di tangannya memegang sesuatu seakan botol, tersengih-sengih memandang aku yang telah selesai menyisir rambut sambil menggenyeh-genyeh biji mata yang berasa sedikit pedih.
“Siap doh ni…,” jawab ku lembut sambil ku usap perlahan kepalanya yang bertudung pink berjalur putih di hadapan.
“Waaa…dah macam Puteri Islam dah anak abah ni…,” sapa ku sambil Sarah yang hampir setinggi aku berjalan cepat-cepat mendahului ku sambil ketawa kecil menuju ke kereta.Cepat benar masa berlalu, dan kini Intan Maisarah, anak kedua ku telah pun genap usianya empat belas pada tahun ini.
Bermata besar dan punya senyum yang menawan, seharusnya akan punya ramai ‘peminat’ satu hari nanti.
Dingin dan berkabus masih lagi menyelubungi Taman Perumahan Seri Pagi. Exora kelabu ku menyusur perlahan membelah pagi menuju ke jalan besar Kampung Parit Dua.
Telah tiga tahun aku dan keluarga berpindah dari Kelantan dan menetap di sini. Semua ini adalah kemahuan isteriku sendiri bagi memenuhi tuntutan tugas setelah mendapat kenaikan pangkat; mendapat arahan berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor yang terletak kira-kira 12 kilometer sahaja dari sini.
Hari ini, seperti minggu-minggu yang lalu kami sekeluarga akan menziarahi kubur ibu yang terletak kira-kira 5 kilometer dari rumah. Namun cuaca hari ini agak pelik. Sebenarnya sudah dua minggu bumi Sekinchan kepanasan tidak kira siang mahu pun malam. Jauh di kaki langit yang disamari kabus seakan ada segaris awan berwarna merah..bukan! merah jambu...pink! ya, pink yang pelik. Jika diamat-amati seperti ada cahaya yang melatarinya. Hal itu ku beritahu isteriku dengan menjuih bibir ke arah garisan awan tersebut. Dia yang sedang asyik berbual dengan Sarah yang duduk di belakang juga kehairanan dengan pemandangan itu.
Pagi itu tidak banyak kenderaan di atas jalan. Sesekali kelihatan lori pengangkut mesin padi menuju ke destinasi. Dan yang banyak adalah kenderaan pengguna seperti aku yang berhajat menuju ke sesuatu.
“Mama, Abang Chik bila nak balik?”Hawa yang sedari tadi asyik bermain sendiri di tempat duduk paling belakang bertanyakan soalan kepada isteri ku.Soalan yang sama ditanya nya semalam, dua hari lepas, minggu lepas dan bulan lepas.
“Ala, kalu Abang Chik kelik pun, We bukey nok maing nga dio,” kali ini belum pun sempat isteri ku menjawab, Sarah telah menjawab soalan tersebut disambut dengan lemparan bantal kecil tepat ke kepalanya.
“Orang makan rojak, dia makan kapur;orang tak ajak dia masuk campur, weeeeaaaaak!” Hawa menggerenyotkan bibir dan lidahnya sedikit terjelir mengejek kakaknya yang sedikit geram dengan perbuatannya melempar bantal tersebut.
“Dah, kita dah nak sampai dah ni, mmolek paka tudung tu We…” tegur ku kepada anak bongsu ku itu bila melihat kain tudung yang dipakai menutup sebahagian besar wajah nya melalui cermin pandang belakang. Hawa yang masih tersengih menaik-naikkan keningnya bila menyedari aku melihatnya melalui cermin tersebut.
Jemariku pantas menarik isyarat belok ke kanan bila destinasi yang dituju berada lebih kurang tiga ratus meter.
“Kakak nanti jangan lupa tengokkan sekali kat kubur atuk tu.” Pesan isteriku kepada Sarah sambil dia membetul-betulkan baju yang dipakainya.
Amin Najib adalah nama anak ketiga ku yang dipanggil oleh Hawa dengan gelaran Abang Chik. Amin tinggal di asrama Sekolah Menengah Agama Sultan Abdul Aziz Shah, Hulu Langat. Telah hampir dua bulan dia tidak pulang. Menurut gurunya, Amin terlibat dengan latihan pusat acara Pencak Silat peringkat negeri yang berlangsung di Stadium Negara,Kuala Lumpur. Dia bersama empat orang rakan sekolah nya telah terpilih mewakili sekolah ke pertandingan tersebut.
Masih ku ingat lagi ketika Amin berusia lapan tahun. Keinginannya untuk belajar ilmu mempertahankan diri begitu membara. Kakinya pernah tergeliat sewaktu belajar ilmu itu dengan aruah datukku yang mahir dalam ilmu itu. Hampir sebulan kakinya berbalut namun itu tidak pernah memadamkan kesungguhannya itu.
Sehinggalah kematian datuk, Aminlah cicitnya yang paling bersedih. Airmatanya tak pernah kering pada saat dia bertafakur membaca al Quran di sisi jenazah.
“POOOMMM!” Sebuah lori menyasar ke tepi jalanraya bila sebiji daripada tayarnya meletup tidak jauh dari tempat kami sedang khusyuk membaca surah Yaasiin, mengejutkan kekhusyukan kami semua. Hawa dan Sarah yang sedari tadi hampir menghabiskan bacaan bangun untuk melihat ke arah bunyi tadi.
Aku dan isteriku juga memberhentikan bacaan sebentar.
“Mujur takdok keto banyok…” isteriku mengulas akan apa yang disaksikan. Aku hanya melihat sambil bibirku masih bergerak-gerak menghabisi bacaan. Padaku itu semua kurang menarik berbanding perasaanku pada waktu ini. Pada wajah abah yang telah lama tidak berkunjung ke sini. Mungkin dia masih lagi bersedih kerana aruah ibu pergi lebih dahulu meninggalkannya tanpa kawan;tanpa teman.
Apa Khabar abah di Pahang agaknya. Mungkin sedang sibuk melayan karenah lima orang cucunya iaitu anak-anak adik perempuan ku yang tinggal berhampiran rumahnya.
Selesai menyiram air di kubur aruah ibu dan datuk, kami bergegas ke kereta. Kali ini destinasinya sudah pasti. Mencari nasi berlauk untuk sarapan lewat pagi.
2
BUKU LUKISAN
Hari ini aku pulang dari sekolah agak awal daripada biasa. Suasana redup dan berjerebu di luar kenderaan mengehadkan pandanganku. Di atas jalanraya, kenderaan yang agak banyak berbanding semalam membataskan kelancaran kereta ku.
Di tempat duduk belakang, Hawa yang sedari tadi diam sambil wajahnya tunduk asyik melihat sesuatu. Di tangannya sebatang pensel 2B hitam berbelang kuning bergerak-gerak di atas buku sketch berkulit keras kelabu bermotif pelik miliknya. Seingat aku, buku itu ku beli seminggu yang lalu di pekan Sekinchan atas permintaannya. Menariknya kedai yang menjual buku itu adalah kedai menjual barangan lusuh yang telah diperbaiki.
"Lima ringgit...!" Terpacul perkataan itu dari mulutku tanpa disedari. Mungkin itu reaksi luar sedarku akibat terlalu memikirkan perihal buku lukisan yang dipegang oleh Hawa. Dari ekor mata, aku perasan yang isteriku melirikkan matanya ke arah ku seperti ingin kepastian apa yang ku sebut sebentar tadi namun ku biarkan sahaja tanda tanya itu bermain pada kerut dahinya.

“Adik Awa buat apa tu? Lukis apa dari tadi abah tengok…”ku ajukan pertanyaan memecah koma suasana. Hawa; satu-satunya anakku yang ‘kecek luar’ berbanding anak-anak ku yang lain.Hidup di tengah masyarakat Melayu Banjar dan Jawa, dialek Kelantan cukup asing dan membuat kami terasing. Namun anak-anak dan isteri ku cukup memahami situasi. Bahasa standard biasanya akan digunakan untuk berkomunikasi dengan sahabat handai dan masyarakat setempat.
Sesekali ku labuhkan pandanganku ke kejauhan. Di kiri kanan jalan dalam putih jerebu, masih dapat ku lihat sawah yang menghijau. Sekarang musim membaja. Dalam dua bulan lagi akan memberikan hasil. Itu kata Achik, bapa saudaraku sebelah aruah ibu semasa aku bertandang ke rumahnya minggu lepas.Tetapi mengapa hari ini berlainan benar dengan hari-hari biasa. Jerebu sangat mengganggu. Seingat aku dahulu pada masa aku sebaya dengan Hawa jika jerebu begini pasti ada individu yang menjalankan aktiviti membakar jerami sebelum proses membajak dilakukan. Sekarang tak mungkin ada lagi aktiviti sebegitu kerana pihak kerajaan telah mengharamkan aktiviti yang mencemar alam sekitar itu.
Di hadapan , kenderaan semakin perlahan dan terbata-bata membentuk satu barisan memanjang lalu semakin sayup ke dalam jerebu yang menyiksa mata. Semua kenderaan memasang lampu.
"Awa lapar tak ? " Ku ajukan pertanyaan setelah agak lama kami berdiam melayani urusan minda masing-masing.
Namun tiada jawapan dari belakang kenderaan. Dari cermin pandang belakang ku lihat Hawa masih tekun dengan 'kerjanya'.
"Abah, tolong ambil pemadam dalam dashboard buleh? " Tanpa menjawab pertanyaanku tadi kali ini Hawa meminta aku mengambil pemadam penselnya yang tersimpan di ruang tempat simpan barang di sebelah pemandu. Setelah kenderaanku terhenti seketika dek kesesakan di hadapan kujulurkan tangan mengambil pemadam yang diminta lantas ku hulur tangan ke belakang tanpa menoleh.
"Eh , jerebu dah hilanggg!" Terpacul laungan dari mulutku sambil ku bulatkan mata memandang ke luar tingkap kereta.
Memang benar seakan kisah animasi, jerebu yang kian menebal tadi seperti disedut oleh satu kuasa ghaib dan keadaan sekeliling kembali cerah seperti biasa.Tapi bagaimana ? Benakku tiba-tiba dipenuhi soalan-soalan pelik dan hairan. Bagaimana jerebu tadi tiba-tiba hilang begitu sahaja?
Di luar kenderaan ku lihat orang ramai juga kehairanan seperti aku. Ada yang memberhentikan kenderaan mereka di tepi jalan dan keluar untuk melihat-lihat. Bagaimana...? Ahh! Siapa dapat menduga kuasa Tuhan. Dia yang mendatangkan jerebu dan tentu Dia juga yang mampu menghilangkannya.
Aku meneruskan pemanduan. Sampai di pekan Batu 12 aku memberhentikan kenderaan untuk membeli 'makan tengahari' kami setiba di rumah nanti.
3
BERITA GEMPAR
Malam itu setelah selesai makan malam, aku mengadap televisyen. Isteriku masih lagi sibuk di dapur bersama-sama Maisarah. Hawa ku lihat sedang asyik melayari facebook . Mungkin sedang ber'chatting ' dengan rakannya.
KLCC DI TENGAH BENDANG DI SEKINCHAN ! Itu berita yang aku dengar melalui kaca TV yang sangat membingungkan. Seketika fikiranku berputar semula kepada jerebu yang berlaku pada petang tadi. Lenyap tiba-tiba seperti disedut sesuatu dan kini bangunan yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur juga tiba-tiba terpacak di tengah bendang. Bagaimana kejadian luar biasa itu berlaku masih membingungkan semua pihak.
Seketika ku tukar siaran berita lain yang lebih biasa ku tonton. Juga menyiarkan saluran secara terus dari bendang Tali Air 3, kawasan kejadian. Manusia bertali arus dengan anggota keselamatan terdiri dari pasukan polis dan askar berkawal di sepanjang tali sekatan yang dipasang. Ulasan dari pemberita menyatakan bahawa kejadian yang sangat menggemparkan dan ajaib itu berlaku pada pukul 3 petang menurut saksi.
Seketika ku panggil isteriku untuk melihat berita tersebut. Mataku masih tidak lepas dari kaca televisyen. Yang menarik perhatian ku ialah seakan ada kelibat anak ku di belakang pemberita yang mengulas kejadian tersebut.
Hawa ! Hatiku berkira-kira itu yang aku lihat sebentar tadi sebelum visual KLCC ditumpukan dalam gelap malam yang hanya dilimpahi lampu-lampu yang dipasang di sekelilingnya. Namun... ahh ! Masakan itu Hawa. Mungkin pelanduk dua serupa kerana anakku itu sedang duduk menghadap komputer di hadapan ku.
"Ggano...pelik-pelik...akhir zamey ," Isteriku memberikan ulasannya.
Seketika kemudian kami mendengar deruman helikopter melintasi kawasan taman perumahan . Bunyi siren kereta polis juga tidak putus-putus kedengaran melalui jalan besar sayup di hujung taman perumahan.
bersambung..................