Pesan Mahaguru
belajar di mana saha Belajar jangan kurang ajar belajar untuk sedar siapa yang mengajar kita di mana siapa gurunya betul jangan bendul mohon makbul jangan cabul bersekongkol menghiris lidah dengan pisau pendurhaka dan menggenggam bara dosa lalu dengan tega menyuap ke mulut sendiri Mengajar jangan gusar atau ragu dengan ilmu menyapu dungu di laman fikiran perlu penyapu baru bukan sedikit sakit belati caci menembusi hati seka airmata dengan tangan iman dengan sabar di dada mahalnya harga sebuah penghargaan semahal rumah mewah maruah. IPGM Kota Bharu Disember 2010