BOM BUDAYA
Bom budaya meledak anak-anak ku tidak sempat mencari tempat selamat lalu tubuh bergelimpang dengan darah bergenang tertusuk budaya subang pada telinga, kening, hidung lidah, pusat bahkan pada bahagian sulit. Hanyir darah mengalir kucar-kacir minda fikir pegangan terburai amalan terkulai iman mereka hancur berkecai di mana ayah ketika amaran diberi di mana ibu ketika anak-anak perlu. Bom budaya tidak mengenal mangsa ia pembunuh turun temurun ia meruntuh tembok tamadun. Pada saat mayat dibedah siasat telah kering darah maruah dan membeku di hujung waktu anak-anakku belum kenal makna menyesal mereka hilang nyawa hanya kerana budaya tidak bermoral. REJAL SAID Kuala Lumpur, NOV 2002