BOM BUDAYA

Bom budaya meledak
anak-anak ku tidak
sempat mencari tempat
selamat
lalu tubuh bergelimpang
dengan darah bergenang
tertusuk budaya subang
pada telinga, kening, hidung
lidah, pusat bahkan pada bahagian sulit.

Hanyir darah mengalir 
kucar-kacir minda fikir
pegangan terburai amalan terkulai
iman mereka hancur berkecai
di mana ayah ketika amaran diberi
di mana ibu ketika anak-anak perlu.
Bom budaya tidak mengenal mangsa
ia pembunuh turun temurun
ia meruntuh tembok tamadun.

Pada saat mayat dibedah siasat
telah kering darah maruah
dan membeku di hujung waktu
anak-anakku belum kenal makna menyesal
mereka hilang nyawa hanya kerana
budaya tidak bermoral.


REJAL SAID
Kuala Lumpur, NOV 2002

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DENDAM TAK SUDAH

KERDILNYA aku