Tajuk : SELAMATKAN KAMI ( Puisi Merdeka 2019) Ungkapan-ungkapan hanyir yang mengalir laju menerpa menerjah melimpah menghenyak ke tebing rasa ku yang kian lumpuh rapuh jatuh seluruh. Rasa bisa rasa luka rasa hina rasa celaka menjilat tubuh ku yang tersandar di sudut kelam rasa amarah. Mahu saja kuhunus keris ini seraya ku tujah ke dada pengkhianat itu. Mereka tidak layak memijak laman ini kerana bunga-bunga kedamaian sedang berkembang mewarnai indah laman kediaman kami. Sewajarnya kita memberi mereka kata dua! Tinggal di sini dengan penuh taat setia atau pergi dengan jenuh luka di dada. Duhai penyala api provokasi duhai pelebur besi toleransi Datang kamu tidak diundang pergi kamu tidak dihalang. Kerana itu Tuhan rahmati kami ampuni kam...