Tajuk : SELAMATKAN KAMI ( Puisi Merdeka 2019)
Ungkapan-ungkapan hanyir yang mengalir laju
menerpa menerjah melimpah menghenyak
ke tebing rasa ku yang kian lumpuh
rapuh
jatuh
seluruh.
Rasa bisa rasa luka rasa hina rasa celaka menjilat tubuh ku yang tersandar di sudut kelam rasa amarah.
Mahu saja kuhunus keris ini seraya ku tujah ke dada pengkhianat itu.
Mereka tidak layak memijak laman ini kerana bunga-bunga kedamaian sedang berkembang mewarnai indah laman kediaman kami.
Sewajarnya kita memberi mereka kata dua!
Tinggal di sini dengan penuh taat setia
atau pergi dengan jenuh luka di dada.
Duhai penyala api provokasi
duhai pelebur besi toleransi
Datang kamu tidak diundang
pergi kamu tidak dihalang.
Kerana itu Tuhan
rahmati kami
ampuni kami
selamatkan kami.
Rejal Said.
500 km dari Dataran Merdeka.
31 OGOS 2019

Ulasan
Catat Ulasan