Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2008

Ke Ruang Galauan

Sepi berdiri di ruang koma resah rebah ke pangkuan maafkan aku aku penumpang bahtera orang sering saja tidak punya apa-apa mungkin kerana seorang pengembara sesekali terlena aku di kamarmu. Maafkan aku kerana belum miliki rumah sendiri kita adalah plagiat penghidupan diburu lesu pencarian dalam dunia serba asing akulah pencari diri sendiri sering tersasar ke ruang galauan. Kuala Semantan, 1994 Mingguan Malaysia, MAC 2000

Seorang Tua Di Hujung Permatang

Imej
Seorang tua di hujung permatang merenung hari esok dengan luka di hati padi tidak menjadi lelah tumpah ke tanah gersang dahulu dia seorang pejuang keris pusaka telah kenyang dengan darah penjajah kini dia hanya seorang lelaki di hujung permatang ini menjadi penumpang di bumi sendiri. Seorang tua di hujung permatang menanam padi untuk menyara anak isteri esok tiada menjanjikan apa-apa pembangunan merampas segala. Siapa mampu menahan amarahnya deru jentolak seperti gedombak membingit telinga dan membakar helai-helai sabar lalu menjadi abu berterbangan memenuhi langit harapan. Seorang tua di hujung permatang dengan berbaju sepi dia berdiri membilang hari-hari mendatang resah rebah ke tanah merekah puyu, keli, sepat, haruan tidak lagi bermain-main di sini yang ada hanya cerucuk besi membenam ke dalam hati seorang petani tua ini. Pandan Jaya,Kuala Lumpur, 1998 Mingguan Malaysia OKT 1999

Perasaan ini

Perasaan ini ia perlukan masa untuk keluar dari kepompong duka kelak ia akan menjadi seekor rama-rama dan biarkan nanti ia terbang dengan riang. Perasaan ini terkadang ia seperti mati dengan belati hari terbenam di dadanya. Aduhai perasaan hari ini biar kita sama-sama terbunuh engkau dan aku kita serupa terkurung oleh rasa murung diri sendiri. Kuala Lumpur, 1994

Martyr

Imej
Pengganas hadhari yang mati mengebom diri sendiri kerana dendam kerana geram kerana nyawa kerana agama. Seribu Netanyahu dan seratus Obama adalah penghuni setia lembah sengketa yang memenjarakan sejuta Yasser satu-satunya Saddam yang mengidam seribu dendam dari sempit Tikrit dan menerbangkan puing-puing azam dari runtuhan semangat yang dibina dengan darah dan keringat. Terbunuh kerana membunuh bukanlah jalan satu-satunya jalan kerana mati dengan mengebom diri sendiri tidak harus menjadi satu tradisi kerana mati tidak harus menjadi satu tragedi. Kuala Lumpur, Feb 2004

SIRR

Imej
...dan tiba-tiba aku disayukan oleh perasaan nostalgia merimba di ingatan meluluh melumpuh hati sanubari... ...dan tiba-tiba aku jadi resah dikejar bayang-bayang dosa diri sendiri kesal melata di hati meruntuh meroboh benteng diri... Sekinchan, 1994