Martyr
Pengganas hadhari
yang mati
mengebom diri sendiri
kerana dendam
kerana geram
kerana nyawa
kerana agama.
Seribu Netanyahu dan seratus Obama
adalah penghuni setia lembah sengketa
yang memenjarakan
sejuta Yasser
satu-satunya
Saddam yang mengidam seribu dendam
dari sempit Tikrit
dan menerbangkan puing-puing azam
dari runtuhan semangat
yang dibina dengan darah dan keringat.
Terbunuh kerana membunuh
bukanlah jalan satu-satunya jalan
kerana mati
dengan mengebom diri sendiri
tidak harus menjadi satu tradisi
kerana mati
tidak harus menjadi satu tragedi.
Kuala Lumpur, Feb 2004
yang mati
mengebom diri sendiri
kerana dendam
kerana geram
kerana nyawa
kerana agama.
Seribu Netanyahu dan seratus Obama
adalah penghuni setia lembah sengketa
yang memenjarakan
sejuta Yasser
satu-satunya
Saddam yang mengidam seribu dendam
dari sempit Tikrit
dan menerbangkan puing-puing azam
dari runtuhan semangat
yang dibina dengan darah dan keringat.
Terbunuh kerana membunuh
bukanlah jalan satu-satunya jalan
kerana mati
dengan mengebom diri sendiri
tidak harus menjadi satu tradisi
kerana mati
tidak harus menjadi satu tragedi.
Kuala Lumpur, Feb 2004

Ulasan
Catat Ulasan