Hitamnya hitam
Berkali-kali ku sapu biru ke atas hitam sehelai kanvas namun masih lagi tidak mampu memalit warna hati ku di situ Berus ku sudah tercabut bulu berulangkali ku sapu namun warnanya masih hitam bersepuh biru Jika hitam itu warna latar hidup mu jangan sesekali kau sapui hatimu kerana ia warna sekata kerana hitam itu pembunuh warna-warna sedia ada. rejal said, Kuantan, 2011.