Hitamnya hitam
Berkali-kali ku sapu biru
ke atas hitam sehelai kanvas
namun masih lagi tidak mampu memalit
warna hati ku di situ
Berus ku sudah tercabut bulu
berulangkali ku sapu
namun warnanya masih hitam bersepuh biru
Jika hitam itu warna latar hidup mu
jangan sesekali kau sapui hatimu
kerana ia warna sekata
kerana hitam itu pembunuh
warna-warna sedia ada.
ke atas hitam sehelai kanvas
namun masih lagi tidak mampu memalit
warna hati ku di situ
Berus ku sudah tercabut bulu
berulangkali ku sapu
namun warnanya masih hitam bersepuh biru
Jika hitam itu warna latar hidup mu
jangan sesekali kau sapui hatimu
kerana ia warna sekata
kerana hitam itu pembunuh
warna-warna sedia ada.
rejal said,
Kuantan, 2011.

Ulasan
Catat Ulasan