Ke Ruang Galauan

Sepi
berdiri di ruang koma
resah rebah ke pangkuan
maafkan aku
aku penumpang bahtera orang
sering saja tidak punya apa-apa
mungkin kerana seorang pengembara
sesekali terlena aku di kamarmu.

Maafkan aku
kerana belum miliki rumah sendiri
kita adalah plagiat penghidupan
diburu lesu pencarian
dalam dunia serba asing
akulah pencari diri sendiri
sering tersasar ke ruang galauan.


Kuala Semantan, 1994
Mingguan Malaysia, MAC 2000

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH