Pesan Mahaguru
![]() |
| belajar di mana saha |
Belajar
jangan kurang ajar
belajar untuk sedar
siapa yang mengajar
kita
di mana
siapa
gurunya
betul jangan bendul
mohon makbul
jangan cabul bersekongkol
menghiris lidah dengan pisau pendurhaka
dan menggenggam bara dosa
lalu dengan tega menyuap ke mulut sendiri
Mengajar
jangan gusar
atau ragu dengan ilmu
menyapu dungu di laman fikiran
perlu penyapu baru
bukan sedikit sakit
belati caci menembusi hati
seka airmata dengan tangan iman
dengan sabar di dada
mahalnya harga sebuah penghargaan
semahal rumah mewah maruah.
IPGM Kota Bharu
Disember 2010

Ulasan
Catat Ulasan