Keranda Bernombor Sepuluh

Darah
tumpah memercik membasah
ke kaki kaki yang berdiri
di atas mata pedang
kulit mereka pasti terluka dek tajamnya
mata pura pura
hingga membungkam kata kata
Sang Pertapa yang memegang kayu sihir
menggila dengan serapah Sang Hanuman

Aduhai penjarah bangsa
keranda bernombor sepuluh yang kau usung
tidak mampu kau ampu
kerana beratnya dosa-dosa di dalam
yang terpasung sejak sekian lama
mari putuskan satu persatu
dengan pedang keberanian
kita pancung rasa selesa
dengan nama kebenaran
atas nama kewarasan. 


Rejal Said
500km dari Dataran Merdeka






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH