RAUNG YANG TERKURUNG

Ku lepaskan bicaraku ke selatmu
ku selam hatiku ke dasarmu
ku dakap rinduku ke batu-batu
ku hampar harapku ke pantaimu
ku tabur mahuku ke langitmu
ku biar aku menjadi kamu
Selat Melaka.

Kerana waktu puncak
lalulintassesak
pasarayaberasak
burung-burung gagak
peniaga-peniaga ttttamakkkk
hutang-piutang bertunggak
jiranjiran bergasakkasagreb
warga-warga berlagak
si kaya mendongak
si miskin mencongak
adalah lumpur-lumpur kelabu
yang memaliti putih bajuku
kerana aku
adalah raung yang terkurung
dalam mimpi ngeri penghuni
hutan batu.


rejal said, 
TELUK KEMANG, N.S. SEPT 2003

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH