Monolog
Yang hiba membuai sepi di senja begini
adalah aku yang tekun menenun
kasih berkurun
lama ku tatap wajah resah dalam diri
memerhati pilu pohon goyah dibedal angin
dari jendela terbuka.
Ini kasih yang tersisih merintih-rintih
memanggil nama Mu dari bangkai sesal
angin nanar dari pergunungan mengheret
khabar duka yang terhimpun
di perlembahan.
"Maha besar Tuhanku
hamba ini yang kecil kerdil
menghadap mengharap barang seberkas belas
acapkali di pertemuan ini
hanya hamba yang dusta yang alpa yang leka yang hina
yang dina
hamba ini janji
yang Maha Benar
hamba yang dijulang
hilang di perdupaan."
Majlis yang sumbang
kini aku tidak lagi diundang
untuk memukul gendang
kerana aku sudah ditawan
dalam rumah Tuhan.
Kuala Semantan,1992
Majalah Dewan Siswa Sept 1992
Anugerah Sastera SISWA-BANK RAKYAT
Antologi cerpen dan puisi SISWA 'Annyss Sophillea'
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
adalah aku yang tekun menenun
kasih berkurun
lama ku tatap wajah resah dalam diri
memerhati pilu pohon goyah dibedal angin
dari jendela terbuka.
Ini kasih yang tersisih merintih-rintih
memanggil nama Mu dari bangkai sesal
angin nanar dari pergunungan mengheret
khabar duka yang terhimpun
di perlembahan.
"Maha besar Tuhanku
hamba ini yang kecil kerdil
menghadap mengharap barang seberkas belas
acapkali di pertemuan ini
hanya hamba yang dusta yang alpa yang leka yang hina
yang dina
hamba ini janji
yang Maha Benar
hamba yang dijulang
hilang di perdupaan."
Majlis yang sumbang
kini aku tidak lagi diundang
untuk memukul gendang
kerana aku sudah ditawan
dalam rumah Tuhan.
Kuala Semantan,1992
Majalah Dewan Siswa Sept 1992
Anugerah Sastera SISWA-BANK RAKYAT
Antologi cerpen dan puisi SISWA 'Annyss Sophillea'
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Ulasan
Catat Ulasan