Ramadan 2
Kita sudah hampir tiba di pelabuhan
setelah sebulan kita melayarkan
bahtera diri
di lautan Ramadan.
Di lautan ini
kita seringkali diuji
dengan sabar kita menahan lapar
dengan tega kita menahan dahaga
dengan mampu kita menahan nafsu
kerana kita sudah biasa
menahan segala
sebagai pelaut
kita harus tabah dan berani
kerana di sini bukannya lautan biasa
ribut taufan tiba-tiba
ombak gila bila-bila.
Namun di sini hanya di sini
di dasar lautan ini
tersimpan permata berharga
dari Tuhan
siapa usaha nikmatnya berganda
siapa bertahan hasilnya lumayan
siapa tabah rezekinya bertambah.
Sediakan kelengkapan secukupnya
supaya nanti kita tidak akan rugi
atau kehabisan bekalan
di tengah-tengah pelayaran.
Kuala Lumpur, NOV 2002

Ulasan
Catat Ulasan