Sepi Itu Bukan Milikku
Malam ini
ada sepi di dada langit
angin dingin memerangkap aku
desir daun mengusik hati
ku lihat
sepi
itu
turun
mendakap aku dengan erat dan membunuh mesra
perasaan ini biar
ku layanmu laksana seorang puteri.
Biar
aku tiada siapa mahu ku kenang
aku tiada siapa mahu ku rindu
kerana aku masih seorang
ketika aku melihat
pohon mesra baru tumbuh dengan
hijau daun dan pucuk merimbun
kemarau melanda hati kami
lalu pohon itu cepat benar layunya.
Biarkan malam ini lebih panjang
dan sepi ini terus mencengkam dalam diam
kerana aku masih menghafal makna rindu
yang mengalir dalam zikir
dan pasti subuh nanti sepi ini
bukan milik ku lagi.
Kuala Lumpur, 1995
ada sepi di dada langit
angin dingin memerangkap aku
desir daun mengusik hati
ku lihat
sepi
itu
turun
mendakap aku dengan erat dan membunuh mesra
perasaan ini biar
ku layanmu laksana seorang puteri.
Biar
aku tiada siapa mahu ku kenang
aku tiada siapa mahu ku rindu
kerana aku masih seorang
ketika aku melihat
pohon mesra baru tumbuh dengan
hijau daun dan pucuk merimbun
kemarau melanda hati kami
lalu pohon itu cepat benar layunya.
Biarkan malam ini lebih panjang
dan sepi ini terus mencengkam dalam diam
kerana aku masih menghafal makna rindu
yang mengalir dalam zikir
dan pasti subuh nanti sepi ini
bukan milik ku lagi.
Kuala Lumpur, 1995
Ulasan
Catat Ulasan