Sajak Ku Hanya Semuka

Sajak ku hanya semuka
kerana ia lebih mudah dibaca
khalayakku hanya sepasang mata
berkata-kata ia dengan jari menari-nari
dan ruasnya mengukir
setiap bahasa diri.

Aku tidak mahu
sajak ku berbahasa pura-pura
kerana ia datang dari hati sanubari
setiap kalimah adalah maruah
yang mengalir melimpah
membasah ke tanah yang resah
dan ke lembah yang gundah. 

Ku harap
sajak ku berbunga mekar
menghiasi taman kehidupan
harum segar
melangkaui laman peradaban.



Kuala Krai, 31 OGOS 2006

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH