Sepetang Di Pasir Kelang

Sungai berkaca-kaca dan
retak seribu saat bot menderu melaju 
tiba-tiba
di hati membunga rasa teruja
untuk ku cium kakiku
ke bau resah kuala tanah mu
kali pertama
hati tertanya tanya
bagaimana nanti kan kau terima
aku seadanya. 

Sedikit ku simpan rasa
pedih ini menghidu
harum rindu pembangunan
ku cium baunya dari jauh
tetapi sirna sebelum sampai ke sini

Aduhai manusia manusia berkepentingan
ini juga bumi Tuhan yang perlu kau makmurkan
mengapa hanya di tabur janji bukan menabur budi ?



REJAL SAID
OGOS 2009, Pasir Kelang,Kuala Krai

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH