Apa Yang Kamu Rasa ?
Pada saat kamu menyakiti hati ku, dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan,aku hanya berdiam diri kerana ku rasa berdiam diri pada saat ini lebih baik lantaran menyaksikan kamu menggila membakar melempar mencalar maruah ku...Bukan kah kita serumpun dari leluhur yang sama.Kamu Melayu; begitu juga aku. Kamu Islam sama dengan ku.Bezanya kamu di sana dan aku di sini..Mengapa mesti kamu nyalakan api benci dan kamu bongkar pusara dendam yang terpendam kian lama.
Aku tidak tahu pasti, apa lagi mahu mu, pada saat kau malukan aku dengan kata nista dan perilaku durja.Lantas memaksa aku tunduk mengikut telunjuk memohon kemaafan kepada kesalahan yang tidak pernah aku lakukan.Apa niatmu pabila sering kali menguji kesabaran dan sifat toleranku?
![]() |
| Kita Punya Kitab Yang Sama. |
Lupakah kamu siapa aku dan kamu ? Hanya kerana kamu bangsa Indonesia dan aku bangsa Malaysia ? Jika kerna itu kamu memandang aku dengan mata kebencian,jika kerna itu kamu mendengar aku dengan telinga syaitan,jika kerna itu kamu menghidu bau hanyir darah ku,jika kerna itu kamu menyentuh ku dengan rasa hina dan nista...maka kau ambillah semua!Ambil apa saja milik yang kamu rasa milikmu! Ambillah ! aku tidak mahu apa-apa! Aku tidak ingin apa-apa! kerna ku tahu takdir bukan di tangan kamu..Ini tanahairku.!Ini bangsa ku! Ini Negara ku! Ini aku!...Tidak mengapa jika kamu menyangka aku bukan Melayu sama seperti kamu, yang pernah dahulu berkongsi rasa,berkongsi deria,berkongsi cerita berkongsi segala...kerna aku sedar Tuhan tidak membenci aku hanya kerna aku ini si celakamu. Tuhan tidak akan menahan rejeki ku hanya kerna aku di sini..tanah yang kau ludahii...kerna kau dan aku pasti kan kembali...ke sana...tanpa apa-apa....

ku tak faham...perselihan faham antara 2 negara,agama,bangsa atas dasar apa?
BalasPadamMinta penulis tolong jelaskan...
ini isu lama .saya menulisnya pada saat naluri saya dinajisi dengan kata-kata nista oleh sebilangan kecil dari mereka yang serumpun malah ada yang seagama dengan saya . (konfrontasi , maling, pendera amah dan lainnya ) dan saya faham sama seperti di sini koran mereka sebenarnya yang bermain dengan api...
BalasPadam