Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu
Selamat hari raya...maaf zahir batin...permisi kiranya tidak pulang berhari raya saban tahun pada saat lebaran menjelma. Bukan hati tak sudi. Bukan juga lupa.Apa lagi membenci.Diri ini bukan kacang yang sudah lupakan kulit.Juga bukan tanggang yang menghilang.Tempat jatuh lagi dikenang...inikan pula tempat bermanja.Di sana tempat aku bermula dan di sana juga aku mengenal siapa diri aku yang sebenarnya.Aku masih belum hilang kewarasan apatah lagi kewajaran aku memilih jalan hidup yang amat asing di sini adalah kemahuan diri sendiri. Maaf kerana memilih jalan ini tanpa meminta kewajaran dari sesiapa.Sesungguhnya aku amat bahagia di sini.Walau rindu itu terkadang menyapa dan mengajak aku bermenung; berfikir dan berfikir seolah-olah waktu telah membeku dan hanya aku di situ tanpa mereka.
Di sini, terkadang dalam diam bau harum memori yang menerpa sering membuat aku terkesima, lantas tanpa diundang hiba menjelma melagukan irama rindu dari runut hatiku yang paling sunyi.Benarlah kata orang," hati adalah lautan perasaan yang maha luas, kita tidak mampu menduganya jika kita sekadar berkolek di pinggiran.Dan di tengah lautannya badai gila gelora segara yang mampu menenggelamkan apa saja.Sedang di dasarnya entah apa-apa.."
Kesedihan yg ditampilkan dirasai ketika mmbaca
BalasPadamTerima kasih kerana sudi membaca
Padam