PELARIAN
Duka malam
wajah-wajah tua tidak juga muncul
dari jendela racau yang terbuka
cahaya menerpa ke laman sasau
gerak-geri yang gagau
dari derap kaki berlari si kuda-kuda
menghentak ke jalanan duka
dalam dengus kabus pelarian
wajah kelam kian tua di langit-langit luka
kita masih punya masa
ayuh sebelum subuh kita lempar serawan senyuman
ke kuning tebing-tebing harapan
pabila terbit sang mentari
berharap moga langit tidak jo'ong kembali
dan angin gasar jangan mencuri bau kasturi dari baju diri
kerana itu sahaja petunjuk
untuk sampai ke destinasi.
Rejal Said.
Kem Motivasi April 2012.
dan angin gasar jangan mencuri bau kasturi dari baju diri
kerana itu sahaja petunjuk
untuk sampai ke destinasi.
Rejal Said.
Kem Motivasi April 2012.
Ulasan
Catat Ulasan