Bukan Seperti Itu


Seandainya syurga itu
boleh dibeli dengan harga
satu ribu
akan ku pinta kepada
malaikat penjaga pintunya
resit wang deposit
kerana larisnya tiket masuk ke syurga
bimbang nanti tatkala aku sudah mati
syurga sudah 'penuh' dan aku pula jenuh
memberi alasan di hadapan Tuhan.

Seandainya neraka itu
hanya seperti api dunia
akan ku tempah kapan kalis api
buatan Germany
(Kerana kita belum mampu mencipta kapan berteknologi)
bimbang nanti tatkala aku sudah mati
harga kapan meningkat ribuan
dan aku tidak mampu
menggerakkan sesuatu walau seruas jariku.

Namun syurga dan neraka itu
ia lebih dari apa yang kita sangka
nikmatnya tidak tahu diucap sebagaimana
siksanya tidak mampu diungkap semacam apa.


Kuala Lumpur, APRIL 2002

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH