Kemaruk
Pada wajah bulan
ada mentari yang bersinar
dalam redup mata mu
ada cinta bercahaya
memeluk erat jantungku
bagai berhenti segala
satu satunya
yang bernyawa hanya kita.
Izinkan aku menjadi rindu
yang sesat di rimba rasa
bagai dusta itu satu anugerah
aku tidak mampu berkata-kata
kerana cinta ini suatu sumpah
yang membelenggu jasadku
ingin sekali aku berlari
mengejar bayang-bayang semalam
aku ingin lepas bebas
mencari sesuatu
keasingan dalam hubungan.
Kelantan, SEPT 2006
ada mentari yang bersinar
dalam redup mata mu
ada cinta bercahaya
memeluk erat jantungku
bagai berhenti segala
satu satunya
yang bernyawa hanya kita.
Izinkan aku menjadi rindu
yang sesat di rimba rasa
bagai dusta itu satu anugerah
aku tidak mampu berkata-kata
kerana cinta ini suatu sumpah
yang membelenggu jasadku
ingin sekali aku berlari
mengejar bayang-bayang semalam
aku ingin lepas bebas
mencari sesuatu
keasingan dalam hubungan.
Kelantan, SEPT 2006

Ulasan
Catat Ulasan