Malam Manis

Begitu manisnya seorang isteri
mencium tangan suami
pada suatu malam pertama
dia bergelar isteri
kepada seorang lelaki.

Alangkah manisnya lagi seorang suami
sebelum memulai apa-apa
ia mendahulukan Tuhan
dalam segala urusan
pohonlah apa-apa
kerana tidak akan bergerak
suatu zarah tanpa perintah
dari Nya.

Aduhai malam
kirimkan hangatmu
pada angin yang bertiup di luar sana
kerana di sini di dalam kamar ini
seorang suami dan seorang isteri
Tuhan menjadi saksi
untuk suatu permulaan
sebuah perkongsian.


Kuala Lumpur, JAN 2000

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH