Persepsi
Siapa sahaja
jika bercita-cita menjadi penyelam
di laut lepas dan luas
perlu punya pengetahuan
perlu punya pengalaman
mengukur gelombang
dan menimbang keupayaan
kerana untuk sampai ke dasarnya
perlukan seribu kekuatan.
Sukarnya mencari mutiara kepuasan
di dasar lautan tidak bertepian
bahaya ada di mana-mana
kita boleh terbunuh bila-bila.
Berdosakah anak dagang
terkadang terpaksa menumpang
bahtera orang
atau berolehkah pahala jika
sekadar menjadi pelakar
puisi moyang.
Sesungguhnya
kita manusia berdosa
cuba mengasah belakang parang sedang
matanya melukai tangan.
Bangi, MEI 1998
jika bercita-cita menjadi penyelam
di laut lepas dan luas
perlu punya pengetahuan
perlu punya pengalaman
mengukur gelombang
dan menimbang keupayaan
kerana untuk sampai ke dasarnya
perlukan seribu kekuatan.
Sukarnya mencari mutiara kepuasan
di dasar lautan tidak bertepian
bahaya ada di mana-mana
kita boleh terbunuh bila-bila.
Berdosakah anak dagang
terkadang terpaksa menumpang
bahtera orang
atau berolehkah pahala jika
sekadar menjadi pelakar
puisi moyang.
Sesungguhnya
kita manusia berdosa
cuba mengasah belakang parang sedang
matanya melukai tangan.
Bangi, MEI 1998
Ulasan
Catat Ulasan