Peti

Subuh sunyi
aku yang bernama suami
resah menghambat diri
membongkar rahsia peribadi

Sebuah peti berisi cinta
ku usung sepenuh daya
mengharung arus rumahtangga
nun di sana jauhnya
tebing cita-cita
sedang aku di sini masih lagi
berhati-hati.

Terima kasih kekasih
peti ini hadiah buat mu
sempena ulang tahun ketiga
perkongsian kita.


Kuala Lumpur,
Mingguan Malaysia, 1999

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DENDAM TAK SUDAH

KERDILNYA aku