Ucap Akhir
Janganlah merasa resah jika hari esok
kita berpisah
hidup baru sahaja bermula
dan kitalah nakhoda
pelayaran diri
di lautan pendidikan.
Lima semester kita di sini
ada debar menanti
ada duka menyelubungi
ada resah melingkari
ada payah diselami
ada cinta ditangisi
ada tabah di hati
ada bahagia dinikmati
ada indah dikecapi.
Kita telah dewasa untuk hidup seterusnya
bahtera telah sedia di pelabuhan
menunggu waktu untuk dilayarkan.
Rejal Said,
Maktab Perguruan Islam, Bangi
NOV 1998
kita berpisah
hidup baru sahaja bermula
dan kitalah nakhoda
pelayaran diri
di lautan pendidikan.
Lima semester kita di sini
ada debar menanti
ada duka menyelubungi
ada resah melingkari
ada payah diselami
ada cinta ditangisi
ada tabah di hati
ada bahagia dinikmati
ada indah dikecapi.
Kita telah dewasa untuk hidup seterusnya
bahtera telah sedia di pelabuhan
menunggu waktu untuk dilayarkan.
Rejal Said,
Maktab Perguruan Islam, Bangi
NOV 1998

Ulasan
Catat Ulasan