Wanita Di Mana-mana
Wanita di mana-mana
dengan sombong menalkini mini telekung
rambut mengerbang telanjang menunggang
kuda arus
cat walk jadi saksi mereka bukan lagi srikandi
memencak tanpa keris dengan lenggang
seorang puteri
dada bonjol mahu ditonjol
pada siapa ?
pada serakah yang hanya kenal kepuasannya
kepuasannyalah !
Wanita di mana-mana
belasungkawa buat mereka
sampaikan salam syaitan
bersiram-siramlah dalam kolam celaka.
Kuala Semantan, 1992
wanita paling banyak menghuni neraka, tapi kita pun patut sedar, lelaki yang gagal menjalankan tanggung jawab sebagai abang, suami dan ayah tetap akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
BalasPadam