SUATU PERTANYAAN
Apakah kamu menyangka
Dia lepaskan kamu
untuk bermain-main di sini
sekadar main-main?
Pernahkah kamu merasa dinginnya angin restu
saat lekanya kamu memangku dosa
dan tekunnya kamu mencarik pahala
Seringkali kamu terlupa
untuk menyisir rambut sendiri
pada saat kamu menadah tangan
dan berteleku di hadapan Dia
bermunajat sekadar mengundang seribu murka dan
menjemput seribu kalut ke ribaan
lantaran menyelimut diri dengan dosa.
Tuhan
satu keampunan
lebih berharga daripada seribu nyawa
dan satu kemurkaan
lebih hina daripada seribu petaka
izinkan aku
menjadi tiada
kerana tiada itu
lebih baik daripada menjadi sebutir pasir
yang menanggung segala.
IPGM, Kota Bharu
NOV 2010
Dia lepaskan kamu
untuk bermain-main di sini
sekadar main-main?
Pernahkah kamu merasa dinginnya angin restu
saat lekanya kamu memangku dosa
dan tekunnya kamu mencarik pahala
Seringkali kamu terlupa
untuk menyisir rambut sendiri
pada saat kamu menadah tangan
dan berteleku di hadapan Dia
bermunajat sekadar mengundang seribu murka dan
menjemput seribu kalut ke ribaan
lantaran menyelimut diri dengan dosa.
Tuhan
satu keampunan
lebih berharga daripada seribu nyawa
dan satu kemurkaan
lebih hina daripada seribu petaka
izinkan aku
menjadi tiada
kerana tiada itu
lebih baik daripada menjadi sebutir pasir
yang menanggung segala.
IPGM, Kota Bharu
NOV 2010
Ulasan
Catat Ulasan