apa ada pada nama

Kerana anjing tidak pernah tahu
mengapa ia dipanggil begitu
kerana lembu juga tidak pernah bertanya
mengapa ia diumpama
bodoh semacam dia
justeru apa ada pada nama
jika ia hanya memberi makna
kepada aku yang bermuka melayu
yang hanya tahu
dan pandai mengandai
orang itu begitu tempatnya di situ
orang ini begini tempatnya di sini
babi tidak pernah menangis
hanya kerana Tuhan berkata ia najis
kerana redha itu lebih mulia
dari segala
kerana nama itu akan lebih bermakna
jika kita tidak mudah lupa
kita melayu tidak akan hilang
santun bicara


IPGM Kota Bharu
Jun 2011

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH