memorabilia



Ada ketika kita perlu seseorang
ada ketika kita perlu berseorang
sesekali bersendiri
terbayang wajah-wajah teman
hanya memori pengubat sepi
senyum sendiri mengenang gelagat
sayu hati mengimbas kelibat
tawa hiba sahabat rapat
air mata sebagai ubat

memorabilia hadirnya di sini
melayah rasa merenggut jiwa
sepatah kata sudah berpada
sebagai ganti tangis dan tawa

Hotel Sri Costa Melaka
Julai 2003

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ku Kirim Rindu Di Angin Lalu

Mentari Merdeka

DENDAM TAK SUDAH