Catatan

MERENUNG PAKU BERKARAT

Imej
Dinding berparut kerana ada paku berkarat di situ yang melekat sejak sekian lama tanpa siapa peduli mengapa ia di situ dengan separuh terbenam sakitnya sudah lama berlalu yang tinggal hanya lubang-lubang yang berlumut disapa hangat dan dingin alam Sesekali semut-semut berehat melaga sesungut ada manis tersepuh pada karat dan lumut oleh nakal anak-anak di situ pada pangkal paku berkarat  yang separuh terbenam itu kadang disangkut baju abah yang baharu pulang dari ladang kadang digantung kunci rumah juga kunci masalah. Dan jarang sekali paku berkarat itu melukai hati kerana terpaku ia sebegitu tinggi hanya tangan-tangan tertentu  yang mampu mencapainya ia tidak perlu disanjung atau pun dijunjung namun ia tetap ada pada saat ia diminta. REJAL SAID. Kuala Krai , 2022
Imej
Tajuk : SELAMATKAN KAMI ( Puisi Merdeka 2019) Ungkapan-ungkapan hanyir mengalir laju menerpa menerjah menolak menghenyak ke tebing-tebing rasa ku yang kian rapuh            rapuh                     jatuh                              seluruh Rasa bisa rasa luka rasa hina rasa celaka menjilat tubuh ku yang bersandar di sudut kelam rasa kemarahan Mahu saja kutelanjangi keris ini seraya ku tujah ke dada-dada pengkhianat itu. Mereka tidak layak memijak laman ini kerana bunga-bunga kedamaian sedang berkembang mewarnai indah rumah kami. Sewajarnya kita memberi mereka kata dua! Tinggal di sini dengan penuh taat setia atau pergi dengan jenuh luka di dada. Duhai penyala api provokasi duhai pelebur besi toleransi Datang kamu tidak diundang pergi kamu tidak dihalang. Kerana itu Tuhan rahmati kami ampuni kami selamatkan kami. Rejal Said. 500 km dari Dataran Merdeka. 31 OGOS 2019

MATA SI MATAHARI

Imej

Di Mana Mana Di Mina

Imej
Di mana mana di Mina ayuh kita berdoa untuk saudara kita di sana di Syria dan di Gaza saat kaki melangkah menuju ke jamrah dengan tangan melontar rasa amarah Di sini kita takut mati kerana mati itu selepasnya bagaimana tanpa apa apa maka di sana di Mina - kita mampu berdoa kerana doa itu senjata yang sangat ampuh berdoalah di mana mana kerana Tuhan tidak memilih seperti kita. Rejal Said . Di tengah-tengah Serambi Mekah.

Keranda Bernombor Sepuluh

Imej
Berdarah melimpah jatuh membasah ke kaki kaki yang berdiri di atas mata pedang kan terluka dek tajamnya mata pura pura hingga menumpul kata kata Sang Pertapa yang memegang cokmar  menggila dengan fatwa Sang Hanuman Aduhai penjarah bangsa keranda bernombor sepuluh yang kau usung tidak mampu kau ampu beratnya dosa-dosa di dalam terpasung sekian lama mari lepaskan satu persatu dengan pedang keberanian kita pancung keselesaan atas nama kebenaran atas nama kewarasan Rejal Said 500km dari Dataran Merdeka

kerdilnya aku

Imej
Kerdilnya aku                                                                   saat berdiri di sudut paling sembunyi dalam dewan bicara paling sunyi deklamasi tanpa diksi suara tanpa intonasi Di sini tempat menunggu paling jemu engkau telah lama memeluk daku dalam dakapan paling dungu Lepaskan aku ke dunia tanpa sempadan berjalan aku dengan lampu di tangan menyeret puisi ku yang gelandangan terbata-bata satu satu satu satu satu satu . REJAL SAID IPGM E-7

PELARIAN

Imej
Duka malam wajah-wajah tua tidak jua muncul dari jendela racau yang terbuka cahaya menerpa ke laman sasau gerak-geri yang gagau dari derap kaki berlari si kuda-kuda menghentak ke jalanan duka dalam dengus kabus pelarian wajah kelam kian tua di langit-langit luka kita punya masa lagi ayuh sebelum subuh kita lempar serawan senyuman ke kuning tebing-tebing harapan terbit sang mentari esok pagi moga di langit tidak mendung kembali dan angin gasar jangan mencuri bau kasturi dari baju diri kerana itu sahaja petunjuk untuk sampai ke destinasi. Rejal Said. Kem Motivasi April 2012.